Powered By Blogger

Tuesday 27 December 2011

KEMAHIRAN MENGENAL ABJAD


Kemahiran:
1.3.2 Menyebut huruf besar secara rawak.
1.4.1 Menggerakkan tangan tanpa alat tulis untuk menghasilkan bentuk huruf besar.

Objektif: Pada akhir pengajaran, murid dapat:
1. Mengenal dan menyebut tiga huruf besar C, F, dan K.
2. Mencari, memilih dan mewarnakan tiga huruf C, F, dan K.
3. Menulis tiga huruf besar C, F, dan K dengan cara yang betul.

Media pengajaran:
a. bahan cetakan persekitaran, contohnya kotak KFC
b. carta abjad huruf besar.
c. botol plastik berisi kacang.
d. doh, plastesin atau tanah liat.



Aktiviti pengajaran dan pembelajaran:
1. Mengenal huruf
a. Murid mendengar lagu ABC dari bunyi humming oleh guru sambil   bertepuk tangan mengikut rentak lagu ABC.
b. Murid meneka lagu.
c. Guru mempamerkan carta abjad A – Z.
d. Murid menyanyi semula lagu ABC sambil guru menunjukkan huruf-huruf di carta huruf.

2. Mengenal huruf K, F dan C
a. Murid ditunjukkan kotak KFC.
b. Guru bersoal jawab tentang pengetahuan sedia ada murid tentang kotak tersebut.

3. Mengenal huruf K, F dan C
a. Guru memperkenalkan dan menyebut huruf-huruf yang terdapat pada kotak KFC.
b. Latih tubi menyebut huruf-huruf tersebut.


4. Menulis huruf C, F dan K
a. Guru menunjukkan cara menulis huruf C, F dan K dengan cara yang betul di udara.
b. Murid menulis huruf-huruf C, F dan K di udara dengan cara yang betul.
c. Murid merasa huruf C, F dan K pada kad-kad yang telah disediakan oleh guru.

5. Membentuk huruf C, F dan K
a. Guru membimbing murid membentuk huruf-huruf dengan menggunakan doh, plastesin atau tanah liat dengan cara yang betul.
b. Murid membentuk huruf C, F dan K yang disebut oleh guru dengan cara yang betul.

6. Mengenal, membentuk, mengecam dan menulis huruf C, F dan K
a. Murid membuat kolaj.
b. Murid menampal tisu yang digentel atau kertas warna menggunakan teknik kolaj pada huruf K.
c. Murid memilih dan mewarnakan huruf yang sama dengan huruf yang diberi.
d. Murid menulis ikut garisan putus .v. Murid mengecam dan memilih serta membulatkan huruf.
e. Murid menulis semula huruf yang dipelajari dalam buku latihan garis empat.


Saturday 17 December 2011

PERTUTURAN KIU BAHASA MALAYSIA


Pemulihan Dalam Komuniti atau PDK Kiu mula beroperasi pada bulan Januari 2009. Pelatih terdiri daripada kanak-kanak yang berumur di antara 3 tahun ke atas. PDK ini merupakan satu program di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat WPKL.

Pusat Pemulihan Dalam Komuniti KIU

 
Objektif PDK Kiu
1. Mewujudkan masyarakat penyayang serta memberi khidmat dari segi kebajikan sosial OKU dan pelajaran.
2. Menguasai penggunaan kaedah Kiu apabila bertutur.
3. Menguasai sepenuhnya pendengaran melalui Alat Bantu Dengar.
4. Membantu ibu bapa membuat persediaan anak-anak memasuki alam persekolahan.

Pihak Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) memberi taklimat ringkas kepada Jurulatih Utama (JU) Pemulihan Khas Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Wilayah Persekutuan dan Selangor.

Pengajaran secara percuma Pertuturan Kiu Bahasa Malaysia ada disediakan kepada ibu bapa kanak-kanak yang cacat pendengaran di Pemulihan Dalam Komuniti.





Mereka yang cacat pendengaran boleh mempelajari Pertuturan Kiu dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan juga Bahasa Arab untuk membantu mereka membaca AlQuran dan doa dalam Bahasa Arab.

Hasil kerja seni anak murid Pusat Pemulihan Dalam Komuniti KIU #1

Hasil kerja seni anak murid Pusat Pemulihan Dalam Komuniti KIU #2


Pegawai-pegawai Bahagian Pendidikan Khas, KPM menerima cenderamata daripada pihak PDK


No. 7, Jalan Wirawati 8, Taman Maluri Cheras, 55100 Kuala Lumpur.
Pejabat: 03-92815011

Wednesday 30 November 2011

PEMETAAN TAHUNAN BM (SJK) TAHUN 2 - NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN

Pemetaan Tahunan BM (SJK) Tahun 2 - Negeri Wilayah Persekutuan
 
Sila klik:
a. Muka Depan Pemetaan Tahunan BM (SJK) Tahun 2 - Negeri Wilayah Persekutuan dan
b. Pemetaan Tahunan BM (SJK) Tahun 2 - Negeri Wilayah Persekutuan
untuk muat turun dokumen-dokumen berkenaan.
 
** Cikgu-cikgu digalak mengaplikasikan format yang berlainan dimana bersesuaian dengan pihak pentadbir sekolah masing-masing.

Thursday 24 November 2011

A POEM ON SJK(C) KUEN CHENG (1)



Keep learning always
Upgrading at all times
Education is most important
No student should ever say ‘NO’

Cradle of education
High quality students are born here
Efforts of our teachers
Never will we forget
Glourious school is Kuen Cheng 1

1st in Malaysia!!!

Friday 11 November 2011


FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia ialah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan  potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.


 Jika hari ini seorang perdana menteri berkuasa,
Jika hari ini seorang raja menaiki takhta,
Jika hari ini presiden sebuah negara,
Jika hari ini seorang ulama yang mulia,
Jika hari ini seorang peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang penulis terkemuka,
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa,
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa,
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca. 


"Guru Oh Guru" Usman Awang

Monday 7 November 2011

BULAN BAHASA KEBANGSAAN TAHUN 2011



Latar Belakang 

Bermula dengan panggilan Minggu Bahasa Kebangsaan dana Bulan Bahasa Kebangsaan sepanjang dekad 60-an. Kempen ini telah melalui perubahan pelbagai nama seperti Gerakan Cintailah Bahasa Kita (GCBK) (1987-1996),Gerakan Bahasa Kebangsaan Sektor Swasta (GBKSS) (1996-2005) dan Minggu Sastera (1987-1998).Akhirnya pada tahun 1999, gerakan ini dinamakan Bulan Bahasa dan Sastera Negara (BBSN).

Program BBSN yang pertama telah dilancarkan pada tahun 1999 oleh YAB Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu.


Pada tahun 2009, bersesuaian dengan matlamat pelaksanaannya, BBSN telah dikenali dengan nama Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK).


Tujuan Utama
  • Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) bertujuan untuk memantapkan, memperkukuh dan mempamerkan jati diri dan citra bangsa Malaysia.
  • Menguatkan rasa megah terhadap bahasa kebangsaan.
  • Mengeratkan dan memperkukuh perpaduan bangsa melalui bahasa kebangsaan.
  • Menyemarakkan peranan bahasa kebangsaan sebagai tonggak pembinaan negara bangsa.

Thursday 27 October 2011

PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENGAJARAN & PEMBELAJARAN


Dalam bidang pendidikan, usaha mempertingkatkan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran (P & P) terus dipergiatkan bagi melahirkan generasi muda yang celik komputer dan sentiasa peka dengan perkembangan teknologi semasa selain memainkan peranan sebagai guru KSSR Tahun 1 BM dalam menjayakan dasar “Memartabatkan bahasa Melayu dan Memperkasakan bahasa Inggeris”. 

       Guru harus menggalakkan pelajar berbincang dan menyuruh pelajar mengajar rakan-rakan mereka yang tidak faham tentang topik yang di ajar pada hari itu. Guru haruslah mengesan kemajuan pelajar dengan mengemukakan soalan atau memberi tugasan supaya pelajar dapat mengaplikasikan ilmu yang di pelajari. Sebagai contoh, guru memberi tugasan kepada pelajar bagaimana untuk mendapatkan data mengenai jenis perkakasan komputer terkini di pasaran tajuk perkakasan komputer yang telah dipelajari sebelum itu.

Anak murid perdana tahun 1 mengaplikasikan komputer mengenai cara-cara menulis perkataan dengan betul. 

Selain itu, komputer telah menjadi fasilitator utama dalam sektor pendidikan. Berkat teknologi komputer ini berbagai kemudahan dapat dirasakan dalam proses pembelajaran seperti persentasi mengajar, akses informasi (e-learning) dan pembuatan pembelajaran berasaskan komputer. Secara garis besar peranan teknologi komputer seperti berikut:

a. Menggantikan peranan manusia. Dalam hal ini, teknologi komputer melakukan otomasi terhadap suatu tugas atau proses. 
b. Teknologi komputer memperkuatkan peranan manusia, yakni dengan menyajikan infomasi terhadap suatu tugas atau proses.
c. Teknologi berperanan dalam restrukturisasi terhadap peranan manusia. Dalam hal ini, teknologi berperanan dalam melakukan perubahan-perubahan terhadap sekumpulan tugas atau proses.

Penggunaan perisian komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran harian.