Dalam bidang pendidikan, usaha mempertingkatkan penggunaan komputer
dalam pengajaran dan pembelajaran (P & P) terus dipergiatkan bagi
melahirkan generasi muda yang celik komputer dan sentiasa peka dengan
perkembangan teknologi semasa selain memainkan peranan sebagai guru KSSR Tahun
1 BM dalam menjayakan dasar “Memartabatkan
bahasa Melayu dan Memperkasakan bahasa Inggeris”.
Guru harus menggalakkan
pelajar berbincang dan menyuruh pelajar mengajar rakan-rakan mereka yang tidak
faham tentang topik yang di ajar pada hari itu. Guru haruslah mengesan kemajuan
pelajar dengan mengemukakan soalan atau memberi tugasan supaya pelajar dapat
mengaplikasikan ilmu yang di pelajari. Sebagai contoh, guru memberi tugasan
kepada pelajar bagaimana untuk mendapatkan data mengenai jenis perkakasan
komputer terkini di pasaran tajuk perkakasan komputer yang telah dipelajari
sebelum itu.
Anak murid perdana tahun 1 mengaplikasikan komputer mengenai cara-cara menulis perkataan dengan betul. |
Selain
itu, komputer telah menjadi fasilitator utama dalam sektor pendidikan. Berkat
teknologi komputer ini berbagai kemudahan dapat dirasakan dalam proses
pembelajaran seperti persentasi mengajar, akses informasi (e-learning) dan
pembuatan pembelajaran berasaskan komputer. Secara garis besar peranan
teknologi komputer seperti berikut:
a. Menggantikan peranan manusia. Dalam hal ini, teknologi komputer
melakukan otomasi terhadap suatu tugas atau proses.
b. Teknologi komputer memperkuatkan peranan manusia, yakni dengan
menyajikan infomasi terhadap suatu tugas atau proses.
c. Teknologi berperanan dalam restrukturisasi terhadap peranan manusia.
Dalam hal ini, teknologi berperanan dalam melakukan perubahan-perubahan
terhadap sekumpulan tugas atau proses.
Penggunaan perisian komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran harian. |