Powered By Blogger

Tuesday 11 October 2011

PROGRAM-PROGRAM BACAAN


Tujuan dan kepentingan Program-program Bacaan mempunyai maksud yang tersirat dan tersurat. Pelbagai kelebihan dan kekuatan yang dapat kita dan rakan-rakan nikmati serta diaplikasikan di dalam bilik darjah bagi menjayakan dasar MBMMBI. Sama ada sedar atau tidak, program-program yang dijalankan atau akan dilaksanakan bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran membaca tetapi juga member sumbangan dari segi penggunaan bahasa, pertuturan, penulisan dan pemikiran. Oleh yang demikian, dalam membaca saya perlu mempunyai prinsip yang dapat mengelakkan saripada mudah terpengaruh sebelum berfikir.

Program Mentor-Mentee

Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri dan juga Pejabat Pelajaran Daerah sentiasa bekerjasama dengan pihak pentadbiran sekolah kerana membaca terkandung dalam program 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Usaha pihak pentadbiran sekolah dan guru-guru terkandung dalam takwim tahunan melalui pelbagai jenis program seperti berikut:

BIL.
NAMA PROGRAM
TEMPOH
CARA PELAKSANAAN
STATUS PROGRAM
1.
PROGRAM ANAK ANGKAT
Sepanjang Tahun 2011
1.      Setiap orang guru Literasi dan Numerasi mengangkat anak  murid LINUS kelas masing-masing.
SEDANG DIJALANKAN
2.
PROGRAM MENTOR-MENTEE
Sepanjang Tahun 2011
1.      Setiap orang murid LINUS  (Mentee) dibantu oleh murid arus perdana (Mentor) kelas masing-masing.
SEDANG DIJALANKAN
3.
PROGRAM YAKIN DIRI
Sebelum setiap saringan dijalankan
1.      Pihak sekolah sedang berhubung dengan pensyarah Sandtray Therapy yang berpengalaman untuk  mengadakan Program Yakin Diri kepada murid-murid LINUS, Pemulihan Khas dan PROTIM.
AKAN DIJALANKAN 
(DALAM PERBINCANGAN)
4.
KEM MOTIVASI
2 hari
1.  Kem Motivasi akan dijalankan dengan kerjasama unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah pada akhir tahun 2011.
DALAM PROSES MERANCANG
5.
BIG BOOK
Sepanjang Tahun 2011
1. Guru membimbing murid untuk menyertai program Big Book untuk bacaan ayat.
SEDANG DIJALANKAN


Usaha ini juga diikuti dengan penambahan bahan bacaan di Pusat Sumber Sekolah (PSS) dan mewujudkan sudut-sudut membaca di beberapa tmpat yang strategik di dalam sekolah. Dari semasa ke semasa, pihak pentadbiran sekolah bekerjasama dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bagi menjayakan program membaca. Tidak dapat dinafikan, ada pihak luar yang memberi bantuan pelbagai bahan bacaan termasuklah portal pendidikan, majalah Dewan Pelajar dan sebagainya dalam menjayakan dasar MBMMBI.


Pelaksanaan Program Big Book



AHLI PANEL PEMBINAAN MODUL STANDARD KURIKULUM (KSSR) BAHASA MALAYSIA


Saya berasa amat bertuah dan gembira atas kepercayaan dan amanah yang diberikan oleh Unit Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu, Sektor Bahasa Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) Kementerian Pelajaran Malaysia terhadap saya dalam menyumbangkan serba sedikit kepakaran dan sumbangan dalam Pembinaan Modul Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan sejak dua tahun ini. 


Selain itu, tidak lupa pula bimbingan dan juga ilmu pengetahuan yang diberikan oleh pensyarah UPSI khasnya kumpulan EL-W05 saya iaitu Dr. Adenan Bin Ayob dan Encik Abu Bakar bin Yusuf (selaku course coordinator), Puan Harnani binti Mat Zin serta Encik Nik Mohd Zaki bin Nik Mohamed dapat saya aplikasikan dalam Pembinaan Modul Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan dengan matlamat bahan rujukan ini dapat membantu para guru:
  • menjana idea,
  • mengetengahkan pendekatan modular, dan
  • menitikberatkan pembelajaran secara didik hibur serta
  • merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P & P). 

Memang tidak dapat dinafikan bahawa perubahan yang sedang melanda dalam dunia pendidikan kini tentunya akan merubah kandungan dan reka bentuk kurikulum setiap mata pelajaran (Jamaludin, 1989; Nik Azis, 1989). Seiringan dengan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil inisiatif menyemak dan melakukan penambahbaikan dalam kurikulum. Struktur Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) digubal berlandaskan prinsip-prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 


Matlamat Pendidikan Sekolah Rendah adalah untuk memastikan perkembangan potensi murid secara menyeluruh, seimbang, dan bersepadu. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek jasmani, emosi, rohani, dan intelek (JERI) dan berakhlak mulia. Untuk mencapai matlamat ini, satu bentuk pendidikan yang bersifat holistik perlu diperkasa untuk memenuhi tuntutan pendidikan serta menangani cabaran kehidupan masa kini dan masa depan. Standard Kurikulum Bahasa Malaysia dibina berasaskan enam tunjang iaitu:
ü  Komunikasi;
ü  Kerohanian, Sikap dan Nilai;
ü  Kemanusiaan;
ü  Literasi Sains dan Teknologi;
ü  Fizikal dan Estetika; dan
ü  Keterampilan Diri

Enam tunjang tersebut merupakan domain  utama yang  menyokong antara satu sama lain dan disepadukan dengan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif. Kesepaduan ini bertujuan untuk  membangunkan modal insan yang seimbang, berpengetahuan dan berketerampilan.