Powered By Blogger

Tuesday 27 December 2011

KEMAHIRAN MENGENAL ABJAD


Kemahiran:
1.3.2 Menyebut huruf besar secara rawak.
1.4.1 Menggerakkan tangan tanpa alat tulis untuk menghasilkan bentuk huruf besar.

Objektif: Pada akhir pengajaran, murid dapat:
1. Mengenal dan menyebut tiga huruf besar C, F, dan K.
2. Mencari, memilih dan mewarnakan tiga huruf C, F, dan K.
3. Menulis tiga huruf besar C, F, dan K dengan cara yang betul.

Media pengajaran:
a. bahan cetakan persekitaran, contohnya kotak KFC
b. carta abjad huruf besar.
c. botol plastik berisi kacang.
d. doh, plastesin atau tanah liat.



Aktiviti pengajaran dan pembelajaran:
1. Mengenal huruf
a. Murid mendengar lagu ABC dari bunyi humming oleh guru sambil   bertepuk tangan mengikut rentak lagu ABC.
b. Murid meneka lagu.
c. Guru mempamerkan carta abjad A – Z.
d. Murid menyanyi semula lagu ABC sambil guru menunjukkan huruf-huruf di carta huruf.

2. Mengenal huruf K, F dan C
a. Murid ditunjukkan kotak KFC.
b. Guru bersoal jawab tentang pengetahuan sedia ada murid tentang kotak tersebut.

3. Mengenal huruf K, F dan C
a. Guru memperkenalkan dan menyebut huruf-huruf yang terdapat pada kotak KFC.
b. Latih tubi menyebut huruf-huruf tersebut.


4. Menulis huruf C, F dan K
a. Guru menunjukkan cara menulis huruf C, F dan K dengan cara yang betul di udara.
b. Murid menulis huruf-huruf C, F dan K di udara dengan cara yang betul.
c. Murid merasa huruf C, F dan K pada kad-kad yang telah disediakan oleh guru.

5. Membentuk huruf C, F dan K
a. Guru membimbing murid membentuk huruf-huruf dengan menggunakan doh, plastesin atau tanah liat dengan cara yang betul.
b. Murid membentuk huruf C, F dan K yang disebut oleh guru dengan cara yang betul.

6. Mengenal, membentuk, mengecam dan menulis huruf C, F dan K
a. Murid membuat kolaj.
b. Murid menampal tisu yang digentel atau kertas warna menggunakan teknik kolaj pada huruf K.
c. Murid memilih dan mewarnakan huruf yang sama dengan huruf yang diberi.
d. Murid menulis ikut garisan putus .v. Murid mengecam dan memilih serta membulatkan huruf.
e. Murid menulis semula huruf yang dipelajari dalam buku latihan garis empat.


No comments:

Post a Comment